Thursday, April 29, 2010

pameran komunikasi foto







Inilah suasana semasa hari pertama pameran komuniksi foto. Saya mendapat pertolongan daripada senior-senior dan rakan-rakan satu kelas dalam menjayakan pameran ini.

Monday, March 29, 2010

KEHIDUPAN DI UNIVERSITI



PERBINCANGAN BERSAMA PENSYARAH SEMASA DALAM KELAS

Caption bagi gambar tersebut adalah : 1/40s, f/3.5, ISO 400, focus length 6.33 mm

Aktiviti pertanyaan dalam kelas merupakan suatu aktiviti yang wajib agar pelajar dapat ilmu yang tambahan. Gambar tersebut merupakan ambilah daripada teknik bird view. Flash dan zoom tidak digunakan semasa pengambilan gambar tersebut. Jenis kamera yang digunakan semas pengambilan gambar tersut adalah OLYMPUS FE46,X41,X42


PEREBUTAN BAS YANG KETARA ANTARA PELAJAR-PELAJAR MENYEBABKAN BAYANGAN WAJAH YANG DRASTIK MUNCUL DI BAYANGAN DINDING BAS

Caption bagi gambar tersebut adalah : 1/60ss, f5.6, ISO 100, focus length 6.3mm

Gambar tersebut diambil dengan mendekati kamera kepada objek yang berada di depan kamera. Flash dan zoom tidak digunakan semasa mengambil gambar tersebut. Disebabkan tempat kejadian berlaku di tempat yang terang, maka gambar yang dihasilkan adalah cerah. Wajah-wajah pelajar yang menarik dapat dilihat melalui dinding bas. Kelihatan pelajar-pelajar memberikan reaksi yang menggerunkan orang ramai. Jenis kamera yang digunakan semasa pengambilan gambar tersebut adalah OLYMPUS FE46,X41,X42




PERKARA BIASA SEMASA MENUNGGU BAS DI STESEN BAS DEWAN KULIAH

Caption untuk gambar tersebut adalah : 1/125s, f/5.6, ISO100, focus length 6.3mm

Beginilah aktiviti pelajar universiti semasa menunggu bas di dewan kuliah. Disebabkan jumlah bas adalah terhad, maka pelajar sanggup berebut-rebut untuk memaiki bas. Flash tidak digunakan semasa mengambil gambar tersebut. Cara penangkapan gambar adalah dengan bird view. Oleh itu, gambar kelihatan seperti dari pandangan atas. Jenis kamera yang digunakan semasa pengambilan gambar ini adalah OLYMPUS FE46,X41,X42

Saturday, March 27, 2010

indoor activities



CARI CARI CARI
Caption bagi gambar tersebut adalah : 1/20s, f/3.5, ISO100, focus length 6.3mm
Pencarian maklumat adalah penting untuk melengkapkan kerja. Gambar tersebut menunjukkan seorang pelajar sedang menumpukan perhatian yang penuh untuk mencari bahan dalam buku-buku yang berada di dalam perpustakaan. Kelihatan gambar tersebut berlaku secara semula jadi dan tidak disedari oleh individu yang berada dalam gambar tersebut. Buku-buku yang kelihatan berselrak atas meja menunjukkan bahawa individu tersebut teah membuat banyak rujukan. Terima kasih kepada individu tersebut kerana telah menjadi model secara tidak langsung dalam tugasan kami. Pengambilan gambar adalah secara bird view. Flash dan zoom tidak digunakan semasa mengambil gambar tersebut. Jenis kamera yang digunakan semasa pengambilan gambar tersebut adalah OLYMPUS FE46,X41,X42.



PEMBERIAN KERJASAMA YANG TINGGI DALAM PERBINCANGAN
Caption bagi gambar tersebut adalah : 1/250s, f/3.5, ISO 400, focus length 6.3mm
Pemberian fokus yang tinggi harus diberikan semasa dalam perbincangan kumpulan. Didapati salah seorang ahli sedang mencari bahan dalam sebuah buku untuk menyumbangkan maklumat kepada kumpulan. Cara pengambilan gambar ini adalah dengan menggunakan zoom dan flash. Secara kesannya, baju yang bewarna kuning kelihatan lebih terang. Tambahan pula pemandangan di persekitaran seperti terang. Imej objek kelihatan lebih dekat dengan kamera. Pandangan normal digunakan semasa pengambilan gambar tersebut. Jenis kamera yang digunakan semasa pengambilan gambar tersebut adalah OLYMPUS FE46,X41,X42





PERTANDINGAN MEWARNA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Caption bagi gambar tersebut adalah : 1/40s, f/3.1, ISO 400, focus length 6.2mm
Gambar tersebut diambil melalui bird view. Oleh itu, hanya bahagian kepala kanak-kanak dapat kelihatan tanpa dapat melihat muka kanak-kanak tersebut. Penggunaan flash dan zoom tidak digunakan semasa pengambilan gambar tersebut. Jenis kamera yang digunakan semasa pengambilan gambar tersebut adalah SONY DSC-W190




COMEL

inilah adalah muffin yang dibuat oleh para pelajar untuk dijual pada hari keusahawanan yang telah diadakan selama seminggu bermula daripada 23.Mac.2010 dan berakhir pada 30.Mac.2010. muffin yang dihias ini menunjukkan kreativiti pelajar dalam manghasilkan produknya agar mendapat sambutan dan hasil jualan yang lumayan.

1/13s
f/2.5
ISO:250



Di Sebalik Jari

kelihatan 3 orang pelajar UMS sedang berbual. beginilah yang akan dilakukan oleh setiap pelajar UMS apabila bertemu dengan rakan-rakannya. sikap peramah telah menjadikan pelajar ini mendapat ramai kawan dan disenangi oleh orang lain.

1/8s
f/2.5
ISO : 250

Wednesday, March 24, 2010

Nota-nota Fotografi

1.0 Pengenalan kepada fotografi

Apakah Fotografi

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotografi ( 11.30pm-01/mac-10)

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.

Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:
1. Pengumpul cahaya = Kamera
2. Perakam cahaya = Filem atau sensor

Fotografi Dalam Kehidupan Seharian

Sumber : http://www.yadim.com.my/

Sesuatu gambar boleh memberikan sejuta makna kepada orang yang melihatnya. Seni fotografi yang baik akan menghasilkan nilai kepada gambar tersebut. Fotografi sering dikaitkan dlm kehidupan seharian kita. Fotografi merupakan satu seni. Seni fotografi adalah satu proses penghasilan gambar & cahaya yang dipantulkan oleh objek yang masuk ke dalam lensa & seterusnya menghasilkan gambar.

Fotografi mangaplikasikan 2 bidang ilmu yang penting iaitu:
a) Sains – situasi masyarakat yg sentiasa membuat penelitian & kajian terhadap alam sekeliling.
b) Teknologi – terhasil daripada pemerhatian masyarakat melalui alam sekelilingnya.
Teknologi yg terdapat pada alat untuk merakam gambar disebut KAMERA.


Terdapat pelbagai jenis kamera yang merangkumi pelbagai fungsi. Contoh-contoh kamera ialah:
a) Compact Zoom
b) Zoom
c) Lense Reflex Poloroid
d) Compact Digital
e) SLR Digital

Pilih Kamera yang Mana ?



Ramai orang akan bingung ketika menentukan kamera mana yang harus dibeli dari sebuah kedai kamera. Sewaktu bertolak dari rumah, niat kita cukup sederhana, iaitu membeli sebuah kamera yang berfungsi untuk mengabadikan saat-saat indah dalam hidup kita. Ternyata terdapat pelbagai jenis kamera yang akan ditawarkan dengan masing-masing mempunyai keunggulan dan keistimewaannya yang tersendiri. Barikut merupakan jenis-jenis kamera yang dapat disenaraikan:

a) SLR dan Fixed Lens
Banyak bentuk kamera yang ditawarkan. Ada yang kecil dengan warna-warna yang menawan, ada juga yang bentuknya besar dan panjang dengan berat yang hampir sama. Penciptaan bentuk sesebuah kamera itu ada kaitannya dengan bakal penggunanya. Apakah si pembeli adalah fotografer amatur, yang menggunakan kamera hanya untuk mengabadikan memori sehari-hari, acara keluarga atau sebagai hobi, atau si pembeli adalah fotografer yang ingin profesional dalam bidang fotografi, lebih dari sekadar hobi.

Pada manusia, kita dianugerahi sepasang mata untuk melihat. Pada kamera, si kamera juga (pasti) dianugerahi oleh perekanya sebuah mata yang dikenal dengan nama Lensa. Sacara amnya, terdapat dua jenis lensa dalam dunia perkameraan. Lensa fixed dan SLR (Single Lens Reflex). Lensa fixed adalah lensa yang sudah terpasang langsung di kamera secara kekal. Bermaksud, lensa tersebut tidak dapat ditukarkan dengan lensa jenis lain. Sebaliknya, lensa jenis SLR memungkinkan pengguna untuk menukar lensa bersesuaian dengan keperluan fotografer tersebut.

Awalnya, kamera digital menggunakan lensa fixed. Namun, seiring dengan perkembangan, muncullah kamera digital dengan lensa SLR. Apakah perbezaannya? Dari segi harga, Kamera dengan lensa fixed cenderung lebih murah jika dibanding sengan kamera SLR (walau kini, untuk beberapa jenis kamera SLR yang mampunyai harga yang hampir sama). Jika dilihat dari sudut kualitinya, kamera SLR mempunyai hasil yang lebih baik jika dibanding dengan kamera lensa fixed. Terdapat dua jenis kamera lensa fixed yang beredar di pasaran iaitu Kamera Kompect dan kamera Superzoom atau kamera prosumer.

b) Compact Camera
Menurut kamus, compact bermaksud ringkas, kecil, dan mudah dibawa ke mana sahaja. Istilah lainnyaialah kamera poket. Jadi ini bermaksud, kamera tersebut berukuran tidak begitu besar sehingga mampu dimasukkan ke dalam poket seluar, saku atau beg tangan. Jika dilihat dari sudut harga, mungkin harganya murah mambuatkan ramai orang mampu untuk memilikinya.

Kamera jenis ini menggunakan lensa fixed. Selain itu, fitur yang disediakan juga terbatas. Mode automatik dari kemera compact merupakan daya tarikan utama kamera jenis ini. Beberapa fitur juga dibuat secara automatik (seperti White Balance) untuk memudahkan penggunaan dan hasilnya juga cukup memuaskan. Namun kini sudah banyak kamera compact yang memiliki pilihan Manual. Hal ini bermaksud pengguna kamera jenis ini boleh mengatur sendiri ukuran diafragma, shutter, ISO dan lainnya yang biasanya hanya ada pada kamera digital SLR (DSLR). Dari segi kualiti, rata-rata kamera compact memiliki daya tangkapan 5 hingga 8 megapiksel (MP) atau mungkin lebih.

Selain itu, banyak kamera compact yang memiliki fitur tambahan yang membantu proses pengambilan gambar, sebagai contoh Optical Image Stabilizer atau Electronic Shake Protection. Fitur ini mampu menghindarkan gambar daripada kabur kerana menahan getaran ketika shutter speed ditekan. Keunggulan utama lainnya adalah, kamera kompak menyediakan sebuah layar display yang boleh menampilkan apa yang ditangkap oleh lensa secara langsung. Oleh itu, pengguna tidak perlu bersusah payah menggunakan viewfinder seperti yang disediakan pada semua kamera DSLR walaupun fitur ini membuat menggunakan bateri yang perlu di cas.

c) Kamera Prosumer / Super zoom
Dari penampilan, kebanyakan kamera jenis prosumer memiliki bentuk seperti kamera DSLR. Badan yang lebih besar dibanding kamera poket dan muncung yang cukup panjang. Kamera prosumer merupakan kamera dengan lensa fixed tapi memiliki kuantitas zoom hingga (max) 12x. Kamera prosumer juga memiliki fitur istimewa seperti anti goyang, fokus yang menakjubkan dan continous shot yang cepat.

Bagi kualiti penghasilan foto, jenis prosumer menawarkan MP hingga 8 MP (bahkan lebih). Tersedianya pilihan modus Manual memungkinkan pengguna untuk menentukan sendiri pengaturan (men-setting) yang diinginkan layaknya kamera DSLR. Malahan, untuk beberapa jenis kamera Prosumer, terdapat lensa tambahan yang disediakan.

Dari segi harga, kamera prosumer memang memiliki harga yang hampir menyamai kamera DSLR. Apabila menginginkan kualiti yang menyamai DSLR tapi tidak menggantikan lensa dan setting secara kerap, kamera jenis ini merupakan pilihan yang baik.

d) Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex)
Inilah kamera dengan kasta tertinggi. Fitur yang ditawarkan melebihi kamera jenis lainnya. White Balance, Shutter Speed, Difragma, ISO dan setting yang boleh kita tentukan sendiri untuk mendapatkan hasil maksima (disamping memang sudah disediakannya modus automatik). Kita juga boleh dengan mudah menggantikan lensa bersesuaian dengan keinginan kita (dengan harga yang cukup mahal). Kualili hasil tangkapan kamera jenis ini sangat baik dan tidak mampu diragukan. Kamera jenis ini mempunyai angka MP yang sama dengan kamera prosumer atau compact namun hasil pada kamera DSLR ini 15x lebih baik.

Kalau kamera lain memiliki keunggulan merekam gambar dengan cahaya tinggi, kamera DSLR pula mampu menghasilkan gambar yang sempurna walaupun dengan penggunaan cahaya yang rendah. Oleh yang demikian, kamera DSLR merupakan pilihan yang tepat bagi fotografer professional. Reka bentuk yang lebih moden dan canggih menyebabkan kamera jenis DSLR dijual dengan harga mulai 7 jutaan hingga puluhan juta. Lengkap dengan lensanya yang boleh ditukar atau digantikan.

Fotografi Dalam Kehidupan Masyarakat

Pelbagai peristiwa dapat dirakam dengan baik. Walau selama mana peristiwa itu berlalu, gambar yang dirakam mampu menceritakan semula peristiwa yang telah terjadi. Penipuan-penipuan yang selalu dikesan melalui gambar, terhasil akibat daripada tujuan gambar tersebut diambil atau dipaparkan.

Sebagai contoh, gambar yang diambil untuk menjatuhkan pihak lawan dalam aspek politik, pemasaran atau kerjaya. Isu propaganda seperti ini selalunya tidak tertumpu kepada jurugambar kerana semua sedia maklum bahawa itulah tugas jurugambar.

Gambar pemandangan alam sekitar yang cantik boleh menyedarkan manusia tentang penciptanya. Selain itu fotografi juga bertindak sebagai medium visual yang memaparkan kepada dunia luar tentang kehidupan masyarakat Islam yang sebenar. Dengan ini, segala ketidakfahaman atau kekeliruan yang wujud tentang Islam dapat dikupas sedikit demi sedikit. Interaksi antara Islam dan bukan Islam boleh disatukan melalui renungan gambar kreatif yang sama.

Gambar yang dipaparkan mempunyai tafsiran yang pelbagai berdasarkan latar belakang dan nilai yang menjadi pegangan hidup masing-masing. Ia juga bergantung kepada perspektif individu yang menilai sesuatu gambar ini. Namun secara dasarnya, sekeping gambar mampu menonjolkan kehidupan atau budaya sesuatu masyarakat.


Fotografi Sebagai Medium Visual dan Bahasa

Fotografi merupakan sebuah media komunikasi yang berkesan. Fotografi memainkan beberapa peranan, iaitu:

a) Sebagai Penghubung: Fotografi bertindak sebagai penghubung manusia malalui pancaindera penglihatan iaitu 50% lebih berkesan berbanding pancaindera yang lain ( penggunaan mata ). Fotografi mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding aspek lain kerana mata tidak boleh menipu apa yang kita lihat. Gambar mampu menceritakan sesuatu tanpa memerlukan bunyi.

b) Fotografi sebagai medium penyelidikan: Gambar yang terhasil melalui fotografi boleh menyumbang terhadap bidang pemasaran dan menjadi rekod serta bukti bagi pihak-pihak tertentu. Sebagai contoh, pihak polis memerlukan gambar-gambar yang berkaitan tentang sesuatu peristiwa tertentu untuk menjadi bahan bukti untuk dibawa ke mahkamah.selain itu, Fotografi juga mampu memberikan sumbangan kepada penyelidikan oleh generasi seterusnya.

c) Merakam sejarah lama: Gambar boleh menimbulkan emosi kepada sesorang individu, memanjangkan usia sesuatu peristiwa atau sejarah serta boleh memberikan keinsafan, semangat nasionalisme.

2.0 Bagaimana Sesebuah Kamera Berfungsi


Komponen Badan Kamera

Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa.

Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021).[1] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2]. Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian- bahagian lain pada spektrum elektromagnetik.

Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Fotografi digital, bebanding dengan fotografi filem, ia menggunakan sensor elektronik yang di panggil CCD (Charge-coupled device) atau CMOS (Complementary metal–oxide–semiconductor ) untuk merakam imej sebagai data binary. Ini memboleh imej disimpanan dan disuntingan menggunakan komputer peribadi. Jualan kamera digital sekarang telah melampaui jualan kamera filem dan mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada kamera filem seperti merakam video dan suara. Sebahagian peranti yang lain seperti telefon mudah alih, juga sekarang telah dilengkap dengan fungsi fotografi digital. Kamera digital merakam imej yang terdedah pada CCD atau CMOS secara penyusunan imej kemudaian dihantar ke kad memori. Jumlah Piksal pada CCD atau CMOS mejangkau hingga 12 Megapiksal.


Di peringkat awal, penciptaan kamera digital kameranya mudah digunakan dengan kekuatan mutu megapiksalnya amat rendah (1 megapiksal). Kini perubahan telah berlaku dimana telah wujud megapiksal yang tinggi sehingga 40 (MP). Perubahan berlaku dengan terciptanya kamera yang lebih berteknologi tinggi dimana penggunaan kamera SLR yang mampu memberikan kepuasan kepada jurufoto professional

Kamera Dengan SLR

Kamera refleks lensa tunggal‎ (en: single-lens reflex (SLR) camera) adalah kamera yang menggunakan sistem jajaran lensa jalur tunggal yang mambenarkan berkas cahaya menuju ke dua tempat, yaitu Focal Plane dan Viewfinder, sehingga memungkinkan fotografer untuk menghasilkan gambar seperti objek yang sebenar, ‘what you see is what you get’. Hal ini berbeza dengan kamera non-SLR, yang mana pandangan yang terlihat di viewfinder adalah berbeza dengan imej yang ditangkap oleh filem kerana kamera jenis ini menggunakan jajaran lensa ganda satu untuk memperlambatkan berkas cahaya ke Viewfinder, dan jajaran lensa yang lain untuk memperlambatkan berkas cahaya ke Focal Plane.

Kamera SLR menggunakan pentaprisma yang ditempatkan di atas jalur optikal. Cahaya yang masuk dipantulkan ke atas oleh kaca cermin pantul dan kemudiannya akan mengenai bahagian pentaprisma. Pentaprisma seterusnya memantulkan cahaya beberapa kali hingga mengenai jendela bidik. Saat tombol dilepaskan, kaca membuka jalan bagi cahaya sehingga cahaya mengenai filem secara terus. (NESW4586)

· Komponan kamera LSR

a) Pembidik

Salah satu bagian yang penting pada kamera adalah pembidik (viewfinder). Ada dua sistem bidikan, yaitu:

* jendela bidik yang terpisah dari lensa (Viewfinder type)

* bidikan melalui lensa (Reflex type).

Kamera SLR, sesuai dengan namanya (Single Lens Reflex), menggunakan sistem bidikan jenis kedua. Mata fotografer melihat subjek melalui lensa, sehingga tidak terjadi parallax, iatu keadaan dimana fotografer tidak melihat secara tepat keberadaan subjek melalui lensa sehingga ada bagian yang hilang ketika gambar dicetak. Keadaan parallax ini terjadi terhadap pemotretan yang berbentuk terlalu close up dengan menggunakan kamera viewfinder.

b) Jendela Bidik

Jendela bidik merupakan sebuah kaca yang di dalamnya tercantum banyak informasi dalam pemotretan. Jendela bidik memuat penemu jarak (range-finder), pilihan diafragma, shutter speed, dan pencahayaan (exposure).

c) Lensa

Dalam fotografi, lensa berfungsi untuk memokuskan cahaya hingga mampu membakar medium penangkap (film). Di bagian luar lensa biasanya terdapat tiga cincin, iatu cincin panjang fokus (untuk lensa jenis variabel), cincin diafragma, dan cincin fokus.

Macam-macam lensa

* Lensa Standar. Lensa ini disebut juga lensa normal. Berukuran 50 mm dan memberikan bidikan natural.

* Lensa Sudut-Lebar (Wide Angle Lens). Lensa jenis ini dapat digunakan untuk menangkap subjek yang luas dalam ruang sempit. Lensa ini membuat subjek lebih kecil daripada ukuran sebenarnya. Dengan menggunakan lensa jenis ini, di dalam ruangan kita dapat memotret lebih banyak orang jika dibandingkan dengan lensa standard. Semakin pendek jarak fokusnya, maka semakin lebar pandangannya. Ukuran lensa ini adalah 17 mm, 24 mm, 28 mm, dan 35 mm.

* Lensa Fish Eye. Lensa fish eye adalah lensa wide angle dengan diameter 14 mm, 15 mm, dan 16 mm. Lensa ini memberikan pandangan 180 darjah. Gambar yang dihasilkan melengkung.

* Lensa Tele. Lensa tele merupakan lensa yang bertentangan dengan lensa wide angle. Fungsi lensa ini adalah untuk mendekatkan subjek, namun mempersempit sudut pandang. Lensa ini berukuran 70 mm ke atas. Disebabkan oleh sudut pandangannya sempit, lensa tele akan mengaburkanpersekitarannya. Namun hal ini tidak menjadi masalah kerana lensa tele memang digunakan untuk mendekatkan pandangan dan memfokuskan pada subjek tertentu.

* Lensa Zoom. Merupakan gabungan antara lensa standard, lensa wide angle, dan lesa tele. Ukuran lensa tidak fixed, misalnya 80-200 mm. Lensa ini cukup fleksibel dan memiliki range lensa yang cukup lebar. Oleh karena itu lensa zoom banyak digunakan, kerana fotografer hanya perlu memutar ukuran lensa bersesuaian dengan keperluan mereka.

* Lensa Makro. Lensa makro biasa digunakan untuk memotret benda yang kecil.

d) Fokus

Fokus adalah bagian yang mengatur jarak ketajaman lensa, sehingga gambar yang dihasilkan tidak berbayang.

e) Kecepatan Tangkapan

Kecepatan Tangkapan (shutter speed) bermaksud penutup (to shut = menutup). Pada saat kita menekan tombol untuk memotret, terjadi pembukaan lensa sehingga cahaya masuk dan mengenai filem. Pekerjaan shutter adalah membuka dan kemudian menutup lagi.

Kecepatan tangkapan adalah kecepatan shutter membuka dan menutup kembali. Shutter speed dapat diatur. Jika kita memilih 1/100, maka ia akan membuka selama 1/100 detik.

Skala shutter speed bervariasi. Ada yang B, 1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500, 1/1000, dst. Mulai dari ½ sampai 1/1000 biasanya hanya disebut angka-angka dibawah saja. Hal ini membawa maksud, 100 = 1/100 dan 2 bermaksud ½ detik. Namun jika angka 2 itu berwarna, ia membawa maksud 2 detik.

Sedangkan B bermaksud bulb, iatu jika tombol ditekan maka shutter terbuka, dan ketika tombol dilepaskan maka shutter tertutup.

Perlu diingatkan bahawa, semakin lama kecepatan shutter, jumlah cahaya yang masuk akan semakin banyak. Semakin besar angkanya, maka kecepatan shutter akan semakin tinggi(shutter akan semakin cepat membuka dan menutup).

* Speed cepat

Speed cepat digunakan untuk memotret benda yang bergerak. Semakin cepat pergerakan benda tersebut, maka semakin besar angka speed shutter yang kita butuhkan.

* Speed lambat

Jika benda yang bergerak cepat dipotret dengan speed shutter rendah, maka hasilnya ialah gambar akan nampak kabur, seakan-akan disapu, namun latar belakangnya jelas. Kesan ini kadang-kadang bagus dan menimbulkan sense of motion dari benda yang dipotret.

Cara lain adalah dengan menggerakkan kamera ke arah gerak objek (panning) bertepatan dengan masa melepas tombol. Hasil gambarnya ialah latar belakang kabur, tetapi gambar subjek jelas. Seberapa jelas atau kaburnya subjek tergantung pada cepat atau lambatnya gerakan panning. Jika gerakannya bersama-sama dengan gerakan subjek, maka gambar yang dihasilkan jelas. Sebaliknya jika kamera lebih cepat atau lebih lambat dari gerakan subjek, maka hasilnya akan blur (kabur).

f) Diafragma

Diafragma atau aperture (atau sering disebut bukaan) berfungsi untuk mengatur jumlah atau kadar cahaya yang masuk. Alat ini biasanya terdapat di belakang lensa. Terdiri dari 5-8 lempengan logam yang tersusun dan dapat membuka lebih lebar atau lebih sempit.


jenis-jenis bukaan aperture
contoh gambar aperture

Penulisan angka diafragma biasanya adalah f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, dan f/16, dst. Semakin kecil angka diafragma, maka bukaan yang dihasilkan akan semakin besar sehingga cahaya yang masuk menjadi semakin banyak.

* Bukaan besar

Bukaan diafragma yang besar digunakan untuk menghasilkan foto dengan subjek yang tajam dengan latar belakang blur.

* Bukaan kecil

Bukaan kecil akan menghasilkan gambar yang tajam mulai dari foreground hingga background. Bukaan kecil biasanya digunakan dalam pemotertan landscape yang memang membutuhkan detail dan ketajaman di selurh bagian foto.

g) Depth of Field

Depth of field adalah jumlah jarak antara subjek yang paling dekat dan yang paling jauh yang dapat muncul di fokus tajam sebuah foto. Contohnya, jika kita memotret pohon-pohon yang berdiri bersaf-saf, maka yang akan memperlihatkan hasil pada gambar yang telah dicetak adalah beberapa pohon di depan yang nampak jelas kemudian smakin kabur di belakang.

Depth of field sangat bergantung pada:

* Diafragma. Semakin kecil bukaan diafragma, semakin besar depth of field yang dihasilkan. Bukaan penuh akan menghasilkan depth of field yang sangat dangkal.

* Jarak fokus lensa (focal length). Semakin panjang focal length, semakin sempit depth of field. Maka dari itu, lensa wide angle memiliki depth of field yang sangat besar.

* Jarak pemotretan. Semakin dekat jaraknya, semakin sempit depth of field yang dihasilkan.

Fungsi depth of field adalah untuk mengaburkan latar belakang jika latar tersebut tidak sesuai dengan subjeknya.

h) Pencahayaan

Pencahayaan atau exposure merupakan kuantiti cahaya yang masuk kr dalam filem. Filem dengan ASA tinggi, memerlukan sedikit cahaya untuk menghasilkan gambar yang jelas. Sebaliknya, filem dengan ASA rendah memerlukan banyak cahaya untuk menghasilkan gambar yang jelas.

Exposure diukur oleh alat yang disebut light-meter. Jika light-meter menunjukkan kekurangan cahaya, maka bukaan diafragma boleh dikecilkanmemperkecil shutter speed diperlambatkan. Sebaliknya, jika light-meter menunjukkan kelebihan cahaya maka kita boleh memperbesarkan bukaan diafragma atau mempercepat shutter speed.

· Overexposure

Merupakan keadaan dimana jumlah cahaya yang masuk terlalu banyak. Gambar yang dihasilkan akan terlalu terang.

· Underexposure

Merupakan keadaan dimana jumlah cahaya yang masuk terlalu sedikit. Keadaan ini menghasilkan gambar yang gelap.

i) Perkembangan Kamera SLR

Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex)

Pada prinsipnya, kamera SLR dan DSLR memiliki cara kerja dan komponen yang sama, yang membezakannya adalah penggunaan filem. Kamera SLR menggunakan filem sebagai medium penangkap, sedangkan kamera DSLR tidak lagi menggunakan filem. Sebagi gantinya, kamera DSLR menggunakan CCD atau CMOS.




Lensa kamera

kesan pengambilan gambar mengikut aperture yang berlainan


contoh-contoh gambar lensa

Jenis LENS

Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

JENIS - JENIS LENS:

Berikut ialah jenis-jenis lens.

a. Wide Angle Lens

b. Standard Lens

c. Telephoto Lens

d. Zoom Lens


Wide Angle Lens

Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam kategori ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide. Berikut ialah jenis Lens Wide Angle, 16mm, 18mm, 20mm, 24mm, dan 35mm. Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

Standard Lens

Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.


Telephoto Lens

Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar. Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm.

Micro Lens

ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto. Contoh: 55mm, 105mm, 200mm. Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.


Zoom Lens

Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens. Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

3.0 Teori-teori berkaitan fotografi


Teori framing

Photography as a Framing Art

By Juan Oliver, Efraín García, Javier Martín, Cristina Alonso and Rubén Osuna

Photography has two mixed natures, similarly to other framing Arts, and the first section is devoted to its artistic and documental dimension. Photography needs to record something in front of the lens, actually taking place. It is not painting with light, as is usually said, but reading the light.

This difference does not affect the artistic possibilities of Photography as an expressive medium, as we will see in the next section, just the contrary. The second section deals with the expressive possibilities of Photography, and we have been inspired by the book Theory of Film Practice, by Noël Burch. Many of Mr. Burch’s findings have nothing to do with Photography, but many ideas belong to the realm of the framing arts. There are simple rules for framing based on proportions, distances and so on.

FRAMING

Sometimes you've a object of huge dominace within a scene. While breathtaking on-location the final picture looks often much less impressive due to uninteresting space around the object. Try to find a frame which can eliminate the unimportand surrounding and focus the view. The following picture uses the surrounding trees as a sort of portal to frame the mountain in the center.

Contoh pengambilan gambar menggunakan teknik framing

4.0 Aplikasi dan kesan aperture dan shutter speed


Hubungan Aperture dan Shutter Speed dalam Penghasilan Gambar

Shutter Speed - Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah: 1/B - Shutter Speed paling perlahan 1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan 1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah. 1/B - Shutter Speed paling perlahan 1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan 1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana 1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju.

Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose. (penulis izan dan thulasi)


Depth of field

Depth of field Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Bagi mendapatkan gambar yang tajam (Sharp). Semakin kecil Aperture digunakan, Depth Of Field menjadi semakin tajam. Penggunaan Aperture yang sederhana untuk gambar yang kabur dibahagian latar belakang.

Penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto. Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras. Penggunaan flash dan Aperture yang betul menghasilkan sebuah gambar menjadi tidak over atau under exposes. Untuk maklumat lebih lanjut, klik url dibawah

: http://www.youtube.com/watch?v=aiWrUjgbcjE
• Perbandingan mode pengambil gambar

Terdapat tiga jenis mode kamera :

1. Auto Mode

2. Semi auto mode

3. Manual mode

Auto Mode

Melalui mode ini ketika kamera diarahkan ke objek yang kita ambil, kamera secara automatik akan memilih shutter speed, aperture, ISO, white balance, fokus, dan flash yang sesuai untuk mengambil gambar tersebut. Biasanya dengan mode ini, akan menghasilkan gambar yang cantik dalam situasi apapun. Apapun dengan auto mode kamera kadang-kadang tidak boleh secara automatik menghasilkan gambar seperti apa yang kita mahu, maka dari itu ditambah beberapa mode/fungsi yang ada di auto mode.

Sports mode/action mode ini dirancang untuk mengambil objek gambar yang bergerak, seperti orang sedang berlari, atau benda-benda yang bergerak yang lain. Tujuan sports mode adalah membuat gambar objek yang bergerak tertangkap dengan tajam (freeze the action), seperti mengambil gambar orang yang sedang melompat.

Ketika mengambil objek gambar secara close-up, setkan setting kamera digital pada portrait mode. Secara automatik pada portrait mode, kamera akan memilih large aperture yang bermaksud objek utama dari gambar akan fokus sedangkan background menjadi out of focus/blur. Bagi menghasilkan gambar yang cantik dengan menggunakan portrait mode,kita harus dekat dengan objek yang kita ambil dengan cara zoom objek tersebut, sebagai contoh apabila kita mengambil gambar close-up seseorang, cukup dengan mengambil gambar dari wajah sampai paras bahu, hasilnya wajah akan fokus dan background menjadi out of focus/blur.

Night mode berfungsi untuk mengambil gambar pada situasi pencahayaan yang rendah. Biasanya pada waktu malam, kestabilan kamera diperlukan kerana apabila terjadi sedikit pergerakan, maka gambar yang terhasil adalah agak kabur.

Hampir sama dengan portrait mode, tetapi pada macro mode ini lebih sesuai untuk mengambil objek gambar yang ukurannya kecil seperti bunga,serangga atau benda-benda kecil yang lain. Setiap kamera digital mempunyai kemampuan macro yang berbeza termasuk perbezaan jarak fokus juga (rata-rata jarak fokus untuk kamera point and shoot adalah 2-10cm). Untuk mengambil gambar macro diperlukan kestabilan dalam memegang kamera kerana apabila bergerak sedikit dari jarak fokus maka gambar yang dihasilkan akan out of focus. Maka biasanya untuk pengambilan makro diperlukan bantuan tripod,dan sebagai tambahan built in flash tidak disarankan,kerana hasilnya gambar akan over exposure/terlalu terang.

Landscape mode kamera akan memilih small aperture yang bermaksud gambar kita yang kita ambil akan focus dari depan (foreground) hingga belakang (background) atau dalam kata lain semua gambar yang diambil akan kelihatan tajam. Mode ini sangat sesuai untuk mengambil gambar pemandangan yang luas.

Semi Auto Mode

Apabila dalam auto mode,kamera akan menentukan setting dengan sendirinya sesuai dengan keadaan cahaya disekelilingnya maka dengan setting semi auto/semi manual, kita yang akan menentukan setting dan selebihnya kamera akan menyesuaikan settingan kita dengan keadaan cahaya yang ada. berikut adalah mode yang ada di semi automatik mode

APERTURE PRIRORITY MODE (A ATAU AV)

Pada mode ini kita akan memilih besar kecilnya bukaan diagfragma dan kamera akan menyesuaikan setting ISO dan shutter speed dengan sendirinya.Bukaan diafragma adalah F/number,contoh F/4.0,F/4.5,F/5.0 dst sampai F/32. Semakin kecil angka pada F/number maksudnya semakin besar bukaan pada difragma lensa (apabila kita memilih F/number kecil artinya kita akan mendapatkan area fokus yang kecil juga, contoh untuk foto close up atau makro, hanya fokus pada wajah sahaja dan background menjadi blur) Semakin besar angka pada F/number maksudnya semakin kecil bukaan pada diafragma lensa (dengan diafragma kecil akan menghasilkan gambar yang fokus dari depan hingga belakang, contoh foto pemandangan)

SHUTTER PRIORITY MODE (S ATAU TV)

Shutter priority hampir sama dengan aperture priority,bezanya disini kita memilih speed dan kamera akan menyesuaikan setting aperture,ISO secara automatik. Shutter priority pada display kamera akan ditampilkan dengan angka yang mewakili speed yang kita pilih,contoh 1/400" ,1/250",1/100",1/60",1/30" dst hingga 30". Apabila kita akan mengambil objek gambar yang bergerak dan ingin membuat objek menjadi "freeze" atau diam maka kita gunakan speed yang tinggi(fast shutter speed). Slow shutter speed biasanya digunakan pada keadaan di mana cahaya disekitar kurang (gelap), slow shutter speed juga boleh digunakan untuk membuat effect blur pada objek yang bergerak, contoh air terjun jika kita ambil dengan menggunakan slow shutter speed (antara 1/5" sampai 1/15") maka air akan kelihatan putih seperti kapas. Catatan: jika kita menggunakan speed rendah,maka diperlukan kestabilan dalam memegang kamera agar kamera tidak bergerak, kerana gerakan sedikit pada speed rendah akan menghasilkan gambar yang out of focus.

PROGRAM MODE (P)

Biasanya disebut dengan "Program AE" (program auto exposure/program pencahayaan automatik). Fungsinya hampir sama dengan fully automatic tetapi ini boleh mengatur white balance, flash, ISO dan lain-lain secara manual.

AUTO DEPHT-OF FIELD (A-DEP)

Dengan menggunakan mode ini objek gambar dari depan hingga belakang akan fokus dengan sendirinya,dengan menekan setengah pada shutter boleh dikendali mengikut fokus, sesuai dengan keinginan jurukamera.

MANUAL MODE

Dengan menggunakan manual mode, bebas untuk mengawal setting sesuai dengan kemahuan jurukamera tetapi perlu diingat bahawa perlu berfikir dalam menggunakan shutter speed,aperture,ISO,flash dan lain-lain untuk menghasilkan gambar yang cahayanya cukup,tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang. Untuk menggunakan mode manual ini diperlukan latihan dan kebiasaan dalam mengawal kamera.

• Ekperimen dan penelitian kualiti gambar

1. Adobe bridge boleh memudahkan kerja dari segi menyemak kualiti dan pemilihan gambar. Adobe bridge hampir serupa lightroom, cuma lightroom lebih khusus lagi. Adobe bridge boleh digunakan dengan photoshop, firework, flash, premiere, dan macam macam lagi software adobe.

2. Format RAW memberikan banyak kelebihan pada jurufoto berbanding format fail yang telah diproses seperti JPEG atau TIFF. Fail RAW mengandungi maklumat-maklumat penting tentang situasi dan keadaan sebenar sewaktu rakaman diambil. Maklumat ini boleh digunakan oleh perisian penyuntingan untuk menjalankan pengubahsuaian yang unik untuk imej tersebut.

3. Berikut adalah beberapa seting kamera yang boleh diubah secara digital kepada imej:

■Mod warna atau kawalan warna

■White balance

■Pengubahsuaian tona

■Kepekatan warna

■Ketajaman

■Pengubahsuaian dedahan

■Pengubahsuaian warna

■Pengurangan Color Moire

■Nyahhabuk pada imej

■Aberasi warna automatic

■Active D-Lighting Adobe Lightroom membolehkan anda mengawal warna di dalam imej dengan mudah. Tool yang dibekalkan sudah mencukupi untuk lebih kreatif tanpa batasan.